Tuesday, 12 June 2012

Package - Friendly Homestay

Assalammualaikum dan Salam sejahtera.

Mengalu-ngalukan kedatangan warga Malaysia ke Melbourne, Australia. 
Tawaran 'friendly homestay' di kediaman saya, Kak Rita dan suami di Frankston, Melbourne.  Lokasi rumah saya berhampiran pantai Frankston dan hanya 10 minit berjalan kaki dari kawasan rumah ke kawasan pantai. Bagi yang suka dengan keindahan pantai, jangan lepas kan peluang ini ketika anda berkunjung ke sini.

Menawarkan harga yang murah, jimat dan sesuai bagi saudara/saudari/rakan-rakan dari Malaysia yang berhajat melancung ke Melbourne dengan budget yang minimum.





Berikut  adalah kemudahan dan fasiliti yang kami sediakan di kediaman kami:

1. Sewaan 1 bilik tetamu, maksimum 4 orang (hanya untuk wanita atau berkeluarga).
2. Katil lengkap dengan tilam, bantal,dan tilam tambahan.  Family toilet termasuk air sejuk & air panas.
3. Almari baju, iron board, telekung&sejadah. 
4. Dapur untuk memasak (jika ingin memasak sendiri).
-Makanan tengah hari dan makan malam juga disediakan bergantung kepada permintaan.Charge tambahan dikenakan.
5. Wifi percuma

Fasiliti seperti tv, ruang tamu, ruang makan, garden, barbeque area, patio, smoke alarm.

Fasiliti kawasan tempatan: Berhampiran train station, bus stop, park, cinema, kedai & shopping centre, restaurant, fastfood, hospital, tennis.

Antara Syarat-syarat yang perlu dipatuhi: 
1) Tetamu mempunyai visa perjalanan yang sah bagi melawat ke Australia BUKAN untuk bekerja. 
2) Tetamu tidak dibenarkan merokok ketika berada di dalam atau di kawasan rumah.
3) Menjaga kebersihan bilik dan persekitaran rumah.
4) Tidak membuat bising.
5) Penggunaan dapur selama 1 jam (setiap sarapan pagi, makan tengahari, makan malam) dan ruang tamu sebelum 8pm.
6) Tidak membawa makanan dan minuman di dalam bilik.
7) Pengunaan mesin basuh,heater,kipas angin, penghawa dingin, kitchen appliances (oven, coffee machine, cake mixer, toaster, bbq) atas permintaan sahaja, charge tambahan dikenakan.
8) Kecurian atau terlibat dalam jenayah ,kami tidak teragak-agak melaporkan ke pihak berkuasa.
*terma & peraturan perlu ditandatangani oleh tetamu.

Berapa jauh jarak bandar Melbourne dengan bandar Frankston?
 

Jarak dari bandar Melbourne ke kediaman saya di Frankston mengambil masa lebih kurang 1jam dengan menaiki kereta, airport bus atau keretapi. Boleh click di. Kenderaan awam di Melbourne.
Dari Melbourne Airport ke kediaman saya, anda boleh menaiki Airport bus ke Frankston, dengan penggunakan perkhidmatan www.skybus.com.au pembayaran boleh dibuat melalui booking online atau bayaran tunai ketika menaiki airport bus ini. Tiket bus boleh di dapati di kaunter Skybus di pintu utama luar Melbourne airport. Bagi yang memilih menaiki keretapi, anda perlu ke Flinders station di bandar Melbourne dan menaiki Metro train ke Frankston di platform 7atau 8. Sekiranya anda menyewa kereta anda boleh menggunakan laluan Eastern freeway M3. 

Apa yang best di Frankston?
Merupakan salah satu destinasi pelancungan yang terkenal di area Melbourne, kerana di sini terkenal dengan kawasan yang strategik, lebih-lebih lagi mempunyai pantai yang bersih, cantik dan biru.

Terletak di tengah-tengah bandar, mempunyai pusat membeli-belah, lot-lot kedai, pengangakutan awan seperti  keretapi, teksi & bus. Terdapat 'local morning market' (setiap Khamis & Ahad) di mana anda boleh dapatkan barangan cenderahati, pakaian, beg tangan, perhiasan dan banyak lagi barangan antik dengan harga yang lebih murah. Pelbagai pilihan restaurant dan foodcourt halal boleh didapati di sini. Jika anda berkunjung bersama keluarga yang ramai, di Frankston menawarkan perkhidmatan tourist cabin park yang boleh disewa di sepanjang pantai di sini. Berhampiran bandar Frankston juga terdapat kawasan hijau yang boleh dikunjungi seperti ladang sayuran dan buah-buahan seperti epal, pears, ceri, strawberry, anggur, buah zaitun dan ada setengah ladang buah menawarkan 'own fruit picking' bergantung kepada musim. Anda juga boleh berpeluang berkunjung ke ladang lavender, bunga ros, dan taman-taman rekreasi. Di sini juga terdapat  'local produce' seperti madu, keju, coklat, etc. Pada yang mempunyai anak-anak kecil jangan ketinggalan singgah ke 'animals farm' diberi nama Thebiggoose .Anda juga boleh berkunjung ke zoo tempatan iaitu di Moonlitsanctuary  di mana anda boleh berjinak-jinak dengan haiwan-haiwan peliharaan di situ termasuk koala, kangaroos etc.  


Sila click di bawah untuk melihat lebih banyak lagi tempat-tempat menarik di sini.
 Sight-seeing
Tempat-tempat menarik yang boleh dilawati
_________________________________________________________________________________________________________ 


Promosi harga sewa sebuah bilik bagi Sept. 2016 hingga Dec.2016 
adalah dari $AUD60/ satu malam.
Maksimum 4 wanita dewasa atau berkeluarga.
*Jika ada penambahan service/kemudahan, harga tambahan akan dikenakan.

Sekiranya berminat, atau ingin bertanya lebih lanjut, boleh menghubungi saya melalui
e-mail: homestay.mel@gmail.com

whatsapp: +610415215936
Sekian, Salam perantauan, dari Kak Rita & suami, Melbourne 
Share this page on Facebook
Share on Facebook